Tuesday, December 18, 2018
Toolkit Pengurusan PPKI
Bagi memudahkan tatacarakerja guru, terdapat pelbagai toolkit Pengurusan PPKI yang dapat di akses melalui Laman UPKJPNS. Maklumat lanjut KLIK LINK DI BAWAH.
Kategori MBK
Kategori MBK adalah seperti berikut :
| ||||||
a) | Ketidakupayaan Penglihatan (BL) | |||||
Ketidakupayaan penglihatan bermaksud murid yang mempunyai masalah penglihatan seperti buta dan rabun. Masalah penglihatan dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu murid buta (blind), murid rabun atau penglihatan terhad (low vision). Terdapat tiga peringkat rabun atau penglihatan terhad iaitu sederhana, teruk dan sangat teruk. | ||||||
b) | Ketidakupayaan Pendengaran (BD) | |||||
Ketidakupayaan pendengaran bermaksud murid yang mempunyai masalah pendengaran. Masalah pendengaran terbahagi kepada empat peringkat kehilangan deria pendengaran berdasarkan tahap desibel (Db) iaitu : | ||||||
i) | Ringan (Mild) iaitu 25-40 Db | |||||
ii) | Sederhana (Moderate) iaitu 41-60 Db | |||||
iii) | Teruk (Severe) iaitu 61-90 Db | |||||
iv) | Sangat Teruk (Profound) iaitu 91 Db dan ke atas | |||||
Pilihan komunikasi bagi kanak-kanak masalah pendengaran bergantung kepada kesediaan intervensi awal kanak-kanak tersebut. Bagi kanak-kanak yang menggunakan alat pendengaran dan mempunyai keupayaan untuk bertutur maka komunikasi yang dipilih adalah pertuturan biasa dengan bantuan peralatan. | ||||||
c) | Ketidakupayaan Pertuturan | |||||
Ketidakupayaan pertuturan terdiri daripada empat masalah iaitu: | ||||||
i) | Masalah sebutan
Kecenderungan meninggalkan suku kata atau mengubah bunyi sesuatu perkataan atau dikenali sebagai pelat.
| |||||
ii) | Masalah gagap
Merupakan gangguan terhadap kelancaran percakapan. Aliran pertuturan terganggu di mana sesesorang itu mungkin mengulang, berhenti seketika atau mencelah dengan suku kata atau perkataan. Gagap kerap berlaku apabila individu tersebut teruja dan ingin menyatakan sesuatu dengan cepat.
| |||||
iii) | Masalah suara
Berkaitan dengan kualiti suara seseorang. Ia mungkin terlalu lantang, lembut, garau, kasar, sengau, nada yang tinggi, rendah atau nada yang sama dan tidak berubah.
| |||||
iv) | Masalah bahasa | |||||
Berkaitan dengan sistem saraf pusat. Masalah ini mengganggu kefahaman atau penggunaan perkataan. Istilah yang digunakan ialah aphasia, bermaksud seseorang yang menghadapi kesukaran mentafsir bahasa dalam sesuatu perbualan dan kesukaran menggunakan perkataan yang sesuai semasa berkomunikasi. Masalah pertuturan menyebabkan kanak-kanak berasa tidak selesa dalam situasi sosial serta memberi kesan kepada perkembangan kognitif kanak-kanak. | ||||||
d) | Ketidakupayaan Fizikal | |||||
Ketidakupayaan fizikal merujuk kepada murid yang mengalami kecacatan fizikal dan memerlukan perubatan atau peralatan khas seperti kerusi roda. Ia termasuk ketidakupayaan berbentuk neurologi yang melibatkan otak dan urat saraf yang rosak serta kecederaan ortopedik yang melibatkan tulang, sendi dan otot. Antara masalah yang dikategorikan sebagai kecacatan fizikal ialah cerebral palsy, epilepsy (sawan), spinabida (kecacatan tulang belakang yang menyebabkan kelumpuhan) dan limb deficiencies (anggota badan yang tidak sempurna akibat kemalangan atau kecacatan semasa kelahiran). | ||||||
e) | Masalah Pembelajaran (BP) | |||||
Masalah pembelajaran dianggap sebagai masalah neurologi. Ianya berkaitan dengan cara otak menerima, memproses, menganalisis dan menyimpan maklumat. BP merupakan kecelaruan dalam satu atau lebih daripada satu proses psikologi yang melibatkan kefahaman, penggunaan bahasa lisan atau bertulis. Kecelaruan ini boleh menjejaskan keupayaan mendengar, berfikir, bertutur, membaca, menulis, mengeja atau mengira.
masalah pembelajaran termasuklah masalah pembelajaran akademik, bahasa, ingatan, sosioemosi, kemahiran motor dan koordinasi serta hyperaktiviti. Kategori murid-murid masalah pembelajaran seperti Disleksia, (Attention deficit hyperactivity disorder), Slow Learner, Autisme, Sindrom Down, Terencat Akal Ringan dan Pintar Cerdas (Jas Laile Suzana Jaafar,1996, Haliza Hamzah, Joy N. Samuel, 2009, Mohd Sharani Ahmad, 2006).
| ||||||
f) | Ketidakupayaan Pelbagai (MD) | |||||
Ketidakupayaan pelbagai ialah kombinasi ketidakupayaan seperti
i. masalah pembelajaran dan masalah penglihatan
ii. masalah pembelajaran dan masalah pendengaran
iii. masalah pembelajaran dan masalah fizikal, masalah penglihatan dan masalah pendengaran
iv. masalah penglihatan dan masalah fizikal serta masalah pendengaran dan masalah fizikal.
|
VISI DAN MISI PPKI
VISI PENDIDIKAN KHAS
Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelajar dengan keperluan khas ke arah kecemerlangan hidup sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
MISI PENDIDIKAN KHAS
Menyediakan pendidikan yang berkualiti kepada pelajar dengan keperluan khas untuk menjadikan mereka insan yang dapat berdikari, berjaya dalam hidup dan memberikan sumbangan bakti kepada masyarakat dan negara.
FALSAFAH PENDIDIKAN KHAS
Pendidikan Khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan. Usaha ini bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, mayarakat dan negara.
OBJEKTIF PPKI
- Membolehkan murid murid PPKI mendapat tempat yang sama dengan murid normal dalam pendidikan.
- Melatih murid menyesuaikan diri dalam semua aspek pendidikan dan persekitaran.
- Membantu murid hidup berdikari mengikut kemampuan masing-masing.
- Mendapatkan perhatian sewajarnya daripada semua pihak.
- Melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, berakhlak dan berupaya mencapai kesejahteraan diri.
- Menghapuskan jurang perbezaan di antara murid PPKI dengan murid normal dari semua aspek kehidupan.
Subscribe to:
Posts (Atom)