SEJARAH PENUBUHAN
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI
SMK DESA CEMPAKA
Program Pendidikan Khas Integrasi ditubuhkan pada 3 Januari
1996.
Pada awalnya program ini mempunyai 4 orang murid bermasalah
pembelajaran dan
dibimbing oleh 2 orang guru pendidikan khas.
Program Pendidikan Khas Integrasi bermatlamat untuk melahirkan
murid pendidikan khas yang berkemahiran, berketrampilan dan memberi peluang
pekerjaan yang menjurus kearah hidup berdikari. Moto Program Pendidikan Khas “
KE ARAH KECEMERLANGAN PENDIDIKAN KHAS” akan terus direalisasikan demi masa
depan murid-murid istimewa.
FALSAFAH PENDIDIKAN KHAS
Pendidikan khas di malaysia adalah satu usaha berterusan
untuk melahirkan insan yang berkemairan, berhaluan, berupaya, beriman,
berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi
diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan
produktif selaras dengan falsafah pendidikan negara.
VISI PROGRAM
Meningkatkan pembelajaran murid berkeperluan khas melalui
kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa
Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit Menyediakan diri untuk
hidup dalam masyarakat dan hidup berdikari Melahirkan murid berkeperluan khas
yang berpengetahuan, mempunyai kemahiran berfikir, kemahiran memimpin dan
mempunyai nilai etika dan kerohaniaan serta mempunyai identiti nasional sebagai
penyumbang kepada kemajuan negara.
MISI PROGRAM
Mentransformasikan pengetahuan dan kemahiran untuk mencapai
aspirasi murid
MOTO PROGRAM
Cemerlang dan Berkemahiran
No comments:
Post a Comment